Terdapat pelbagai jenis soalan teka teki yang terdapat di dalam dunia ini. Antara jenis-jenis soalan teka teki yang popular adalah:
Teka-teki Lawak:
Soalan teka teki jenis ini adalah yang paling disukai oleh orang ramai kerana ianya bersifat soalan yang santai tetapi memerlukan kekreatifan dalam menjawab soalan teka teki tersebut. Jawapan teka teki lawak biasanya hanya berdasarkan logik semata-mata dan tidak mengikut fakta sebenar. Ini adalah kerana tujuan sebenar teka teki lawak adalah hanya untuk menceriakan suasana dan membuatkan orang lain tertawa.
Teka-teki fakta:
Soalan teka teki jenis ini adalah berdasarkan fakta sebenar dalam kehidupan seharian. Teka teki fakta boleh datang daripada pelbagai sumber seperti agama, sains, matematik dan lain-lain. Tujuan utama soalan teka teki jenis ini adalah untuk memberi pengetahuan baru kepada pembaca dan seterusnya meningkatkan pengetahuan am pembaca.
Tujuan blog soalan teka teki ini dibina adalah untuk menjadi hub pengumpulan semua teka teki yang ada sama ada teka teki lawak, lucu ataupun fakta.
Sunday, May 21, 2017
Teka-Teki: Dalam banyak-banyak kereta, kereta apa yang tak ada tayar?